Realiti hirabah Hirabah

Hukuman hudud bagi pelaku hirabah akan dijatuhkan bila tindakan mereka telah mencerminkan realiti hirabah. Adapun syarat-syarat yang boleh menetapkan, bahawa suatu tindakan disebut tindakan hirabah ada tiga syarat iaitu :-

  • Pertama - tempat hirabah yang dilakukan oleh pelakunya mestilah di tempat yang jauh dari tempat orang ramai. Contohnya di padang rumput yang jauh, di gunung, atau tempat jauh dari lokasi penduduk. Jika tindakan itu dilakukan di tempat orang ramai, maka bukan tindakan hirabah, akan tetapi perampasan biasa. Sebab yang disebut dengan hirabah adalah samun, atau perompakan yang dilakukan di jalan-jalan. Akan tetapi, bila mereka melakukan tindakan pembunuhan, perampasan harta, dan kemusnahan di tempat-tempat orang ramai, maka tindakan mereka dianggap sebagai hirabah dan berhak dijatuhi hukuman hudud. Ini adalah pendapat majoriti ‘ulama Fiqh, Abu Hanifah, Abu Tsaur, dan lain-lain.
  • Kedua - Pelakunya membawa senjata yang dapat digunakan untuk membunuh, contohnya, pedang, senjata api dan lain-lain. Jika mereka tidak membawa senjata, atau bersenjatakan alat-alat yang tidak boleh digunakan untuk membunuh, seperti, tongkat, cambuk, dan lain-lain, maka tindakan mereka tidak disebut dengan hirabah.
  • Ketiga - dilakukan dengan terang-terangan. Mereka merampas harta dengan paksa dan terang-terangan, dan memiliki markas pusat. Jika mereka mengambil harta dengan cara sembunyi-sembunyi mereka disebut pencuri. Jika mereka merampas kemudian melarikan diri, mereka disebut peragut.

Jika tiga syarat ini tidak dipenuhi, maka tindakan itu tidak disebut sebagai hirabah.